SRC: Hari penentuan buat Najib esok

0
2

Foto & Teks Sharifudin Abdul Rahim

KEPUTUSAN sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan disabitkan atau dilepaskan daripada tujuh pertuduhan menyelewengkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd akan diketahui esok.

Perbicaraan bermula 3 April tahun lalu, dengan pihak pendakwaan memanggil 57 saksi untuk memberi keterangan.

Dalam perbicaraan itu, pihak pendakwaan mengemukakan lebih 750 eksibit atau barang kes termasuk dokumen bank berkaitan akaun bank Najib, dokumen transaksi tunai, minit mesyuarat dan perbualan di Blackberry Messenger berhubung transaksi akaun Najib.

Menjelang keputusan itu esok, Malaysia Post berkongsi gambar-gambar Najib bermula ketika beliau hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 22 Mei 2018 sehingga proses pendakwaan dan perbicaraan di mahkamah.