Tiada kriteria jadi calon, asalkan boleh menang’ – Tok Mat

0
2
tokmat

TIMBALAN Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata parti itu hanya akan meletakkan calon boleh menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15). 

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata gabungan itu tiada kriteria  tertentu termasuk meletakkan lebih banyak calon wajah baharu bertanding selain tidak mengira peringkat umur.

“Kita tak ada apa yang dikatakan ‘rules of thumb’ yang mengatakan berapa ramai wajah lama atau wajah baharu perlu jadi calon BN.

“BN ada pertimbangan di mana jika wajah lama kalau dia dapat menang, kalau dia tidak jadi calon BN susah nak menang, maka kita akan letak dia jadi calon.

“Keutamaannya BN nak menang. Kita tak ada satu dasar yang nak hanya wajah baharu. Tak ada (dasar) sebegitu.

“Setiap satu kerusi itu kita pertimbangkan di atas merit kerusi itu atas konsep kita nak menang,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden dan Pengarah Pilihan Raya Umno berkata, BN akan menjalankan gerak kerja lebih bersepadu bagi memastikan kemenangan mutlak gabungan itu pada PRU15.

“Bagi BN, bukan sahaja calon penting malah jentera dan gerak kerja pun penting. Bukan hanya satu faktor akan sumbang kemenangan pada parti,” katanya.

Ditanya mengenai pembahagian kerusi PRU15, Mohamad berkata, BN masih belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi bersama parti komponen.

Katanya, perbincangan mengenai pembahagian kerusi akan dibuat selepas mengadakan kunjungan ke semua negeri bagi melihat kesiap-siagaan BN pada PRU-15 untuk bekerja sebagai satu pasukan yang besar.

“Kita tidak mahu berlaku seperti dahulu apabila bergerak secara sendirian, kalau tempat Umno, Umno lah uruskan tetapi kali ini sebagai satu pasukan yang bersepadu.

“Semua parti komponen akan bersama-sama turun berkempen, walaupun tempat MCA dan MIC tak bertanding, jentera parti mereka perlu digerakkan.

“PRU kali ini BN mesti menang, akan ada perbincangan di peringkat parti mengenai pembahagian kerusi namun buat masa ini masih belum dibincangkan lagi mengenai kerusi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here