Pemuda BN minta anak muda nyatakan aspirasi manifesto PRU15 

0
1

PEMUDA Barisan Nasional (BN) meminta pandangan golongan muda bagi menyatakan harapan dan aspirasi mereka untuk dimasukkan dalam manifesto parti tersebut dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

“Apa lagi aspirasi dan harapan anda untuk dimasukkan dalam Manifesto BN?,” kata Ketua Pemuda BN, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebooknya. 

Terdahulu malam tadi beliau mempengerusikan Sidang Meja Bulat Pemuda BN untuk memperhalusi dapatan hasil kajian dan libat urus aspirasi anak muda. 

Ia dikumpulkan oleh Jawatankuasa Khas Pemuda BN diketuai oleh Datuk Nizar Najib. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here