‘Hanya sembang-sembang, bukan pertemuan rasmi PN dengan PM’ – Hamzah 

0
2

PERTEMUAN dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini bukan satu pertemuan rasmi, dakwa Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin. 

Menurutnya, beliau tidak mewakili PN dalam pertemuan yang disifatkan hanya sembang-sembang dengan Perdana Menteri itu. 

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri itu berkata, PN akan meminta tarikh baharu bagi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri. 

“Saya minggu lepas jumpa dengan PM tapi bukan official (rasmi), kalau official ada delegasi empat orang, kita sembang-sembang dulu.

“Kalau official untuk jumpa kena bagi tarikh baru, delegasi boleh jumpa bentang permohonan kepada PM,” katanya kepada media, hari ini. 

Terdahulu, Hamzah bersama Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menyempurnakan Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat di Sekolah Menengah Kebangsaaan Putrajaya. 

Hamzah menjelaskan, dalam perbincangan santai dengan Ismail Sabri tempohari, mereka bercakap mengenai masalah politik semasa dan pendapatnya mengenai apa yang berlaku.

“Masa itu (pertemuan rasmi dengan PN) baru saya akan bawa permintaan PN,” katanya. 

Pertemuan delegasi PN dengan Perdana Menteri itu susulan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN pada 27 Julai lalu, yang melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Ismail Sabri yang didakwa gabungan itu tidak bersungguh dalam memenuhi terma penting yang terkandung dalam perjanjian antara beliau dengan PN. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here