Laporan mengenai LCS sudah dinyahklasifikasikan  

0
2
kapal projek lcs

LAPORAN Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berkenaan perolehan enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sebelum ini sulit sudah dinyahklasifikasikan kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh, berkata pihaknya sudah dimaklumkan berhubung perkara itu oleh Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Sollehuddin Alyubi Zakaria melalui surat hari ini.

“PAC telah dimaklumkan oleh TKSU JPM bahawa Laporan JKSTUPKK berkenaan LCS telah dinyahklasifikasikan.

“PAC telah menerima salinan Laporan JKSTUPKK yang telah dinyahklasifikasikan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, laporan itu dinyahklasifikasikan lanjutan daripada syor PAC pda 4 Ogos lalu dan keputusan kabinet pada 10 Ogos lalu.

“PAC akan muatnaikkan laporan ini ke Portal PAC untuk rujukan semua,” katanya.

Berdasarkan surat daripada Sollehuddin Alyubi yang dikongsikan Kah Woh, terdapat beberapa maklumat dalam laporan berkenaan yang dipadamkan

“Pihak JPM telah mengambil tindakan sewajarnya bagi melaksanakan proses menyahklasifikasi dokumen berkenaan.

“Bagaimanapun, selepas mendapat nasihat daripada Jabatan Peguam Negara rujukan kepada perenggan 2.39.1, 2.39.2, 2.39.4, Jadual 9, Jadual 10, Jadual 11 dan Jadual 18  dipadam” jelas Sollehuddin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here