Lelaki Malaysia ditahan di Indonesia, tidak pernah berkhidmat dalam PDRM

0
3

POLIS Diraja MALAYSIA (PDRM) menegaskan lelaki warganegara Malaysia yang ditahan dalam kes makmal memproses syabu di Sukajadi, Batam, Indonesia, baru-baru ini, tidak pernah berkhidmat sebagai anggotanya.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, pihaknya mengesan sebaran klip video dari Berita TVOne (Indonesia) berhubung penahanan tersebut.

“Suspek warganegara Malaysia itu ditahan oleh Badan Narkotika Nasional (BNN), Indonesia dalam kes makmal memproses syabu di Sukajadi, Batam, Indonesia.

“Dalam laporan berita tersebut, individu terbabit didakwa merupakan bekas warga PDRM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semakan PDRM mendapati suspek yang ditahan tersebut tidak pernah berkhidmat sebagai pegawai, sukarelawan atau polis bantuan.

“Rekod turut mengesahkan suspek berkenaan mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan ugutan kekerasan dan menyamar sebagai polis,” katanya.

Susulan itu, beliau berkata, PDRM sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa indonesia berhubung kes berkenaan dan bersedia menyalurkan maklumat yang diperlukan dalam usaha membanteras jenayah narkotik Malaysia.

Kredit Foto: Kosmo Digital

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here