Wanita rentung, kereta terbakar

0
2

SEORANG wanita rentung selepas kereta Proton Saga yang dipandunya terbakar dalam kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Nanga Mendamit, Limbang pagi tadi.

Mangsa yang maut itu dikenali sebagai Dorris Serudin, 55, beralamat di Kampung Long Beti, Medamit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 9 pagi sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang ke lokasi.

“Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sebuah kereta sedang terbakar, manakala sebuah pacuan empat roda dalam keadaan terbalik di bahu jalan,” katanya.

Menurutnya, pemandu pacuan empat roda berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum dihantar ke Hospital Limbang untuk rawatan lanjut.

“Pasukan bomba melakukan pemeriksaan terhadap kereta terbabit selepas api berjaya dikawal dan mendapati terdapat seorang mangsa yang rentung di bahagian kerusi duduk pemandu.

“Sejurus berjaya dikeluarkan, mayatnya diserahkan kepada polis dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Limbang untuk tujuan bedah siasat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here