Lelaki bertatu di Munich hargai Ebit beri makan pada gelandangan

0
2

PENDAKWAH bebas Ebit Lew tetap menyantuni golongan gelandangan biarpun kini sedang bercuti di luar negara bersama isteri dan anak-anaknya.

Dalam hantaran di Facebook, Ebit memberitahu berjumpa individu lelaki berwajah garang, yang bertanya apa tujuannya memberi makanan kepada gelandangan dia sekitar bandar Munich di German.

“Semalam pusing-pusing dekat Munich German. Seorang brother kawasan ni garang tak senyum. Dia datang dan tanya awak dari mana. Kenapa awak bagi makan pada homeless? Awak orang baik.

“Saya datang bercuti. Tapi hati saya tak tenang tengok orang terbaring tidur di bawah pokok di taman ni. Kerana Allah perintahkan. Allah sayang kita,” jawab Ebit.

Ebit berkata, individu yang mempunyai ukiran tatu di badan itu kemudian membawanya berjumpa dengan rakan-rakan kumpulan yang lain.

Katanya, beliau sempat menjamu mereka dengan piza dan memuji hubungan akrab kumpulan itu biarpun sering dianggap garang.

“Kemudian dia bawa jumpa geng dia yang lain. Semua hormat je. Baik jer. Sekejap je dah berkawan walau muka jenis garang. Last senyum, salam dan peluk je.

“Saya belanja diaorang pizza. Siap terjumpa semua angkat kepala tanda dah kawan. Senyum tetap sikit-sikit je. Jarang dapat tengok. Orang nampak macam ni kadang jauh lebih baik hati mereka,” ujarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here