Video solat berjemaah bukti Nabila, Engku Emran masih sebumbung

0
1

DESAS-desus pergolakan rumah tangga usahawan yang juga kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila ditepis dengan sebuah video yang menunjukkan bukti mereka masih tinggal sebumbung.

Menerusi video di TikTok, Nabila berkongsi video menunjukkan gelagat anaknya, Jebat Jayden sedang mendirikan solat.

Lebih menarik perhatian netizen apabila berdurasi sekitar 49 saat itu turut kelihatan kelibat suaminya, Engku Emran sedang menjadi imam ketika berjemaah.

“Macam-macam kejadian ketika solat ya. Mommy rakam untuk kenangan. Kantoi pula dengan anak,” tulis Nabila.

Video tersebut sekali gus meyakinkan netizen bahawa hubungan Nabila dan Engku Emran masih baik.

Sebelum ini heboh khabar angin mengatakan bahawa perkahwinan pasangan itu goyah selepas Nabila memadam semua gambar bersama suaminya dalam media sosial.

Dalam masa sama, berita masalah rumah tangga Nabila dan Engku Emran juga tular sehingga mendapat perhatian media di Indonesia.

Nabila dan Engku Emran melangsungkan perkahwinan pada 19 Mac tahun lalu.

Sebelum itu, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan dua selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here