2 pemimpin belia sertai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung PBB 

0
3
saifuddin abdullah

BUAT pertama kalinya, delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September ini akan disertai dua orang pemimpin belia. 

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah ia melibatkan masing-masing seorang lelaki dan wanita. 

Katanya, langkah tersebut bagi memenuhi impian golongan belia agar suara mereka didengari sehingga ke peringkat antarabangsa. 

“Saya memahami hal ini. Generasi baru mengimpikan agar mereka dipimpin generasi sezaman,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini. 

Beliau berkata demikian sempena Hari Belia Antarabangsa yang disambut hari ini dengan tema “Solidariti Inter-Generasi: Mencipta Dunia untuk Semua Usia”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here