Ainul Mardhiah mula angkat tangan – bapa 

0
2

ADIK Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) menunjukkan respons positif hari ini. 

Ainul Mardhiah yang dirawat sejak 6 Ogos lalu, telah ditidurkan akibat serangan sawan beberapa kali. 

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak menerusi hantaran di Facebook, memaklumkan Ainul Mardhiah sudah mula menunjukkan pergerakan tangan berulang kali. 

“Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah, pejuang kecil kami dah mula angkat-angkat tangan,” tulisnya. 

Rabu lalu, Ahmad Safiuddin memberitahu anaknya kembali menggunakan alat bantuan pernafasan dan ditidurkan bertujuan untuk kawal sawan dan merehatkan otaknya. 

Kanak-kanak yang pernah menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor, itu dilaporkan kembali berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami empat hingga lima kali sawan dalam tempoh tak sampai 12 jam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here