Pengkid tunai umrah berpakaian ihram?

0
2

SEORANG wanita berperwatakan lelaki atau ‘pengkid’ mengejutkan ramai pihak apabila dipercayai melanggar hukum Islam mengerjakan umrah dengan memakai pakaian ihram.

Berdasarkan ciapan Aliya Mansor di Twitter, pengkid tersebut adalah teman lelakinya sebelum rahsia jantina wanita itu terbongkar.

Menurut Aliya, dia kesal apabila pengkid itu mempermainkan hukum Islam dan berani tampil memakai pakaian ihram semata-mata untuk membuktikannya adalah lelaki.

“Kau tak insaf Nur Syazwani Mohamad Resad, kau tak pernah insaf dan makin buat gila. Nak tunjuk kau lelaki.

“Nak suruh aku turunkan hantaran ini? Tak akan.. sebab makin besar penipuan kau merata-rata ni,” tulisnya.

Dalam masa sama, Aliya memuat naik video berdurasi 15 saat memaparkan individu yang dikatakan pengkid itu merakam dirinya sedang memakai pakaian ihram dan berdiri berhampiran Kaabah.

Mengulas lanjut, Aliya memberitahu pengkid itu juga pernah mengajaknya berkahwin, selain masih menyimpan tangkap layar perbualan mereka di aplikasi WhatsApp.

“Ini bukti aku ada perbualan yang dia ajak kahwin. Kalau normal pengkid, mereka tak mental lagi suruh kahwin macam ni,” ujarnya.

Sementara itu, Aliya juga mengakui mempunyai bukti kukuh bahawa pengkid tersebut merupakan wanita menerusi rekod kad pengenalan dan lesen milik individu itu yang dimilikinya.

Rata-rata netizen kesal dengan tindakan pengkid itu yang seakan-akan mencabar hukum Islam, dan risau jika perbuatan itu memberi kesan kepada jemaah umrah atau haji yang lain.

Selain itu, netizen berkata golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kelihatan semakin berani mempermainkan agama dan mencetuskan kemarahan ramai.

“Jangan sebab tindakan bodoh mereka-mereka ini, kerajaan Arab Saudi kurangkan kouta atau ketatkan peraturan bagi jemaah dari Malaysia,” ujar Syifa.

“Kes Sajat buat umrah pakai telekung pun belum selesai, datang pulak pengkid pakai ihram. Kalau sampai bab macam ini boleh buat main, takt ahu otak golongan ni fikir apa,” kata Fishie. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here