Kes Zahid: Penguasa kanan SPRM akui tidak teliti latar belakang tiga saksi utama

0
3

Nahar Tajri

Saksi Pendakwaan Ke 18, V Mahendran mengaku tidak membuat siasatan terperinci mengenai latar belakang tiga saksi utama iaitu Harry Lee, David Tan dan Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani yang sering disebut di mahkamah ketika pemeriksaan balas sebelum ini.

Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya itu ketika menjawab soalan daripada Peguambela Datuk Ahmad Zaidi Zainal memberitahu bahawa perkara itu bukan fokus utama siasatannya ketika diberi tanggungjawab sebagai penyiasat kes berkenaan.

Ahmad Zaidi ketika pemeriksaan balas mengemukakan fakta bahawa gaya hidup dan harta yang dimiliki oleh tiga saksi utama itu tidak bersesuaian dengan gaji yang diperoleh mereka sebanyak RM10,000 Sebelah daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Ia diakui Mahendran tetapi hanya direkodkan sebagai maklumat berkenaan latar belakang mereka ketika siasatan dibuat.

Mahendran juga mengakui bahawa beliau hanya menyedari beberapa penama terdiri daripada ahli politik antaranya Tun Dr Mahathir Mohammad yang didakwa menerima RM2.6 juta melalui Tan Sri Rahmat daripada berdasarkan lejar “faraid” UKSB seperti yang didedahkan David Tan ketika pemeriksaan balas peringkat pembelaan sebelum ini.

Ahmad Zaidi bertanya sama Mahendran mengetahui identiti disebalik kod nama “kedahan” di dalam lejar tersebut.

Mahendran memberitahu mahkamah bahawa beliau hanya mengetahui mengenainya selepas didedahkan David Tan ketika pemeriksaan balas peringkat pembelaan sebelum ini.

Ahmad Zaidi selain itu mengemukakan beberapa keratan akhbar mengenai penafian, Shahril Hamdan, Tan Sri Muhyidin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohammad mengenai pendedahan yang dibuat oleh David Tan melalui lejar UKSB.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here