Nahar Tajri
Saksi ke 18 Pendakwaan V Mahendran bersetuju bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya membuat keputusan setuju untuk melanjutkan kontrak UKSB berdasarkan tiga syor yang dikemukakan oleh seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dikenali sebagai Datuk Shahril.
Mahendran membuat pengakuan itu selepas diajukan soalan cadangan daripada Datuk Ahmad Zaidi Zainal bahawa tanpa tiga syor yang dikemukakan itu Ahmad Zahid tidak akan meluluskan permohonan lanjutan kontrak berkenaan.
Mahendran juga bersetuju keputusan melanjutkan kontrak dua tahun sebelum kontrak asal tamat tidak menyalahi mana mana peraturan.
Ahmad Zaidi selain turut membidas Mahendran mengenai cara beliau menjalankan siasatan kerana langsung tidak pernah pergi ke kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri iaitu Seri Setia untuk memperincikan siasatan.
Mahendran juga memberitahu bahawa beliau tidak memperoleh buku log untuk rekod keluar masuk ke Country Heights dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kerana pengurusan keselamatan di lokasi berkenaan sudah bertukar.
Disoal Kenapa tidak pergi ke Seri Setia Mahendran menjawab maklumat yang diperoleh daripada saksi sudah memadai.
Dua kediaman ini adalah rujukan utama sebagai lokasi yang dikatakan wang “dihantar” kepada Zahid atas permintaan beliau sendiri.

