Najib sindir bekas Timbalan Menteri Pertahanan PH, dulu bangga sekarang lupa

0
2

DATUK Seri Najib Razak hari ini menyindir bekas Timbalan Menteri Pertahanan kerajaan Pakatan Harapan (PH), Liew Chin Tong berhubung isu Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Bekas Perdana Menteri itu turut berkongsi hantaran di Facebook Chin Tong pada 31 Oktober 2018 ketika merasmikan Upacara Peletakan Lunas LCS yang kini menjadi perhatian netizen.

Dalam hantaran di Facebook hampir empat tahun lalu itu, Chin Tong melahirkan rasa bangga terhadap pembangunan projek tersebut.

“Timbalan Menteri Pertahanan PH kata dia bangga. Dia kata kapal kelas Gowind mantap.

“Dia kata projek diberi kepada Boustead untuk pembinaan kapal yang buat julung kali direkabentuk dan dibina sepenuhnya oleh warga tempatan mampu bangunkan industri pertahanan tempatan.

“Sekarang dia lupa,” sindir Najib menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Ching Tong ketika itu antara lain berkata LCS 4 yang sedang dibina adalah kapal dari kelas Gowind, bakal dilengkapi dengan keupayaan persenjataan yang memiliki kuasa tempur dan sistem pertahanan empat dimensi peperangan iaitu peperangan udara, paras permukaan, bawah permukaan dan elektronik.

Menurutnya LCS itu adalah projek nasional melibatkan pembinaan kapal yang buat julung kalinya direkabentuk dan dibina sepenuhnya oleh warga tempatan dengan bantuan perundingcara daripada Naval Group (NG), Perancis.

Ching Tong turut berkata, menjadi harapan kerajaan supaya kawasan limbungan menjadi satu wadah di mana berlakunya pemindahan teknologi bagi membangunkan keupayaan dan kepakaran industri pembinaan kapal perang tempatan.

Chin Tong antara pemimpin PH yang lantang bersuara mengenai isu ditimbulkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Pengerusi DAP Johor itu turut mengingatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mengambil tanggungjawab atas kegagalan perolehan LCS selepas meluluskan projek berkenaan sebagai Menteri Pertahanan pada 2011. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here