Najib tanya Syed Saddiq, syarikat Boustead milik kroni siapa?

0
2

DATUK Seri Najib Razak hari ini bertanya kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman syarikat Boustead milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kroni siapa sebenarnya.

LTAT ialah kroni Najib ke? LTAT itu siapa, ya?Semasa kamu buat tuduhan, kamu ada pakai otak tak?

“Jika tak bagi projek terus ke Boustead/LTAT maka nak beri projek kepada siapa dalam Malaysia ataupun nak beri kepada syarikat asing untuk bina kapal perang kita?

Beri kepada Vincent Tan ke? Ataupun beri kepada syarikat swasta milik Amin Shah sebagaimana diberi oleh Atok dia masa dulu bagi projek enam kapal NGPV,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Mengulas lanjut Najib berkata Boustead adalah milik Lumut Dockyard untuk membuat kapal dan beliau menambah siapa lagi dalam Malaysia memiliki limbungan untuk membina kapal perang?

“Boustead milik LTAT supaya segala keuntungan projek akan beralih kepada tabung anggota tentera akhirnya.

“Boustead boleh membina kepakaran tempatan untuk membina kapal dan kos-kos bagi kapal yang ditambah serta kos penyelenggaraan selepas ini adalah lebih murah.

“Jika diberi kepada kontraktor asing untuk bina sepenuhnya maka kepakaran tempatan untuk membina kekuatan perang kita tidak dapat dibina, warga tempatan tak dapat kerja dan syarikat pembekal tempatan tidak mendapat manfaat,” katanya.

Terdahulu Syed Saddiq dilaporkan berkata pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah diluluskan ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Menurut Syed Saddiq, agak melampau untuk bekas Perdana Menteri itu menyalahkan Pakatan Harapan (PH) tambahan pula, projek pertama LCS hanya siap 44 peratus sedangkan pembinaan kapal itu seharusnya mencapai lebih 90 peratus pada tahun 2019.

Ahli Parlimen Muar itu secara sinis berharap Najib tidak menyalahkan PH dalam isu kapal selam Scorpène pula. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here