Wajar naikkan gaji penjawat awam – Umno Putrajaya

0
2

UMNO Putrajaya membuat keputusan untuk menyokong perjuangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk peningkatan gaji skim perjawatan kerajaan.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Umno Bahagian Putrajaya yang dipengerusikan oleh Ketuanya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, hari ini.

Umno Putrajaya dalam satu kenyataan, menyatakan beberapa perkara telah diteliti agar perjuangan Cuepacs sewajarnya diangkat dan disokong pelbagai pihak.

Antaranya adalah penjawat awam menggunakan skim gaji yang lama yang tiada penambaikan dan semakan gaji; peningkatan kos sara hidup yang dirasai seluruh dunia; dan gaji penjawat awam di negara Asia yang lain adalah lebih tinggi dari Malaysia.

“Kenaikan gaji tahunan yang dijanjikan Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) adalah wajar dipertimbang semula untuk menjaga kebajikan penjawat awam.

“Oleh demikian, Umno Putrajaya memandang serius perjuangan ini dan memberikan sokongan penuh kepada Cuepacs untuk memelihara kepentingan penjawat awam di seluruh negara.

“Umno Putrajaya meminta kerajaan mengkaji semula gaji dan elaun Kakitangan Awam sejajar dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup,” menurut kenyataan itu.

Umno Putrajaya juga bersetuju untuk turun sama berpiket bersama dengan Cuepacs sekiranya ia diadakan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here