Hasrat PN tarik sokongan sekadar pandangan peribadi – MB Terengganu

0
1
Kredit: Harakah Daily

NAIB Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menganggap dakwaan Perikatan Nasional (PN) berhasrat menarik sokongan dalam kerajaan sekadar pandangan peribadi pihak tertentu selagi tiada kenyataan rasmi kepimpinan parti mengenainya.

Beliau berkata, pada masa ini, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih lagi kerajaan yang sah.

Sehubungan itu, beliau tidak dapat mengulas terhadap sebarang dakwaan tersebut kerana berpegang kepada kenyataan rasmi daripada pemimpin PN.

“Tiada ulasan, bagi saya kalau ada kenyataan (menarik sokongan) bertulis dan sebagainya, boleh diterima, apa yang didengar itu pandangan pihak tertentu sahaja.

“Bagi saya kerajaan yang ada sekarang ini masih lagi kerajaan yang sah,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini.

Dr Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu dan Pengerusi PN negeri, berkata kepimpinan PN masih mahu berjumpa dengan Ismail Sabri untuk memperincikan beberapa isu berbangkit sebelum ini.

“Saya rasa memerlukan satu ruang baharu untuk delegasi penuh (PN) bertemu dengan Perdana Menteri,” katanya.

Semalam, media melaporkan Ismail Sabri berkata, Pilihan Raya Umum (PRU) boleh diadakan pada bila-bila masa jika ada pihak yang menarik sokongan terhadap kerajaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here