KETUA Cabang PKR Sarawak Roland Engan dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak yang baharu bagi penggal 2022-2025.
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat bersama semua Ketua Cabang Sarawak, semalam.
“Kesemua Ketua Cabang di Sarawak sebulat suara mengusulkan nama Ketua Cabang Baram, saudara Roland Engan sebagai Pengerusi MPN Sarawak bagi penggal 2022-2025.
“Saudara Roland akan mengerakkan MPN bersama Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang juga Ketua Cabang Hulu Rajang, saudara Abun Sui Anyit bagi memantapkan PKR di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.

