
KES baharu Covid-19 melonjak melebihi 4,000 kes semalam iaitu 4,684 kes berbanding 3,927 kes kelmarin.
Angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,667,851 kes, dengan melibatkan kes import sebanyak lima kes.
Sementara itu, 11 kematian baharu akibat Covid-19 direkod semalam, satu daripadanya kematian berlaku di luar dalam fasiliti KKM atau brought-in-dead (BID).
Ia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,020 kes sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data di laman COVIDNOW, kes aktif setakat semalam mencatatkan sebanyak 46,904.
Seramai 45,264 individu atau 96.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 28 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,556 kes pula dirawat di hospital dan 56 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 35 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost
