KENDERAAN pelbagai guna (MPV) serba baharu, Perodua Alza versi 2022 yang baru dilancarkan bulan lalu, menjadi perbualan netizen yang terpikat dengan rekaannya yang eksklusif.
Malah orang ramai terpaksa menunggu giliran tempahan agak lama bagi memiliki model tersebut.
Bagaimanapun hari ini tular di media sosial seorang pemilik awal Perodua Alza baharu itu terlibat dalam satu kemalangan bersama tiga kenderaan lain.
“Baru keluar kereta dah kemalangan, kereta Alza baharu pula tu.
“ALZA 2022 Pertama Excident (kemalangan), teruk jugak tu. Semoga owner tabah menghadapi ujian dunia ini,” tulis hantaran itu.
Hantaran tersebut mendapat perhatian warga maya dan ada mendakwa ia adalah kemalangan pertama melibatkan Perodua Alza yang baru sahaja dilancarkan kira-kira dua minggu lalu.
Rata-rata warga maya berpendapat jika berlaku kemalangan melibatkan kenderaan yang baru dilancarkan, orang ramai akan melihat dari segi ketahanan kenderaan tersebut.
“Kemalangan pertama Alza ni dia nak orang tengok dari segi aspek ketahanan dan keselamatan. Orang nak nilai sejauh mana ia melindungi pemiliknya,” kata Seri Bayangan Damasutra.
“Kesian…Plastik pun tak sempat nak buka lagi. Semoga dipermudah urusan,” kata Wan Iskandar.
Perodua Alza 2022 dilancarkan pada 20 Julai lalu dijual secara rasmi pada harga RM62,500 untuk varian X, RM68,000 untuk varian H dan RM75,500 untuk varian AV. – Malaysiapost

