Beri bukti anak saya jutawan ketika saya PM

0
1

TUN Dr Mahathir Mohamad meminta bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberi bukti susulan dakwaan bahawa anak-anak beliau menjadi jutawan semasa menjawat jawatan Perdana Menteri.

Ia susulan pertanyaan Mohamed Apandi bahawa dalam dunia ini, mana lagi ada seorang Perdana Menteri yang anak-anak mereka menjadi jutawan.

“Sebenarnya anak-anak saya tidak pun dibenar berniaga dengan kerajaan atau menyertai parti kerajaan.

“Jika ada anak yang jadi jutawan sila beri bukti akan tarikh gelaran ini diberi kepada mereka, serta bukti kejutaan mereka.

“Jika tidak ada bukti saya anggap kenyataan ini adalah fitnah dan saya berhak bertindak mengikut undang-undang,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here