Hakim lawat pusat tahfiz kendalian Yayasan Akalbudi

0
2

HAKIM Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Collin Lawrence hari ini melawat Madrasah Tahfiz Al Falah di Country Height Kajang.

Collin yang mengendalikan kes perbicaraan membabitkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diberi taklimat oleh Mudir Pusat Tahfiz Al Falah Syeikh Idris Al Mashrafi.

Collin sebelum ini mengambil keputusan untuk menerima pelawaan pihak pembelaan berhubung kes AMLA Ahmad Zahid atas dasar “interest of justice” ke Madrasah Tahfiz Al Falah di Country Height Kajang.

Madrasah Tahfiz Al Falah adalah antara perkara “panas” yang dibangkitkan di dalam perbicaraan kerana turut dikaitkan dengan pembelian dua unit banglo oleh Yayasan Akal Budi (YAB).

Zahid dituduh menyalahguna wang YAB namun di dalam pembelaan Zahid menegaskan beliau tidak melakukan kesalahan dan wang itu di belanjakan untuk tujuan amal jariah antaranya membabitkan pembelian dua unit banglo yang disumbangkan kepada Yayasan Al Falah.

Dua unit banglo berkenaan kini diuruskan oleh Yayasan Al Falah sebagai pusat pendidikan Islam secara percuma membabitkan pelajar pelajar dari seluruh negara.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here