Tiba masanya BN kembali tadbir Selangor – Ahmad Maslan

0
1

SUDAH tiba masanya Selangor kembali ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kekuatan BN Selangor pasti bertambah susulan pelantikan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai Bendahari BN negeri itu.

Tambahnya, BN mampu beroleh kemenangan dengan kerjasama padu gabungan tersebut di semua peringkat serta sokongan rakyat.

“Bendahari BN Selangor yang baru ialah @tzafrul_aziz (Menteri Kewangan) diumum Tan Sri Noh Omar dalam Konvensyen BN Selangor yang ditutup oleh DS @DrZahidHamidi.

“Tiba masanya Selangor diperintah kembali oleh Barisan Nasional. Dengan semangat padu dan sokongan rakyat, kejayaan boleh dicapai,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Semalam BN Selangor mengumumkan Tengku Zafrul dilantik sebagai Bendahari BN negeri bagi menggantikan Datuk Seri Jamal Yunus yang dilantik Ketua Komunikasi BN Selangor.

Untuk rekod, BN gagal mentadbir Selangor selama tiga penggal sejak PRU 2008 disusuli PRU13 pada 2013 serta PRU14 pada 2018 lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here