200 usahawan sertai ‘bisnes coaching’ RichWorks di Jakarta

0
3

RICHWORKS International Sdn Bhd berkongsikan kepakaran keusahawan dengan disertai 200 usahawan khususnya dalam ekonomi kreatif di ibu negara Indonesia, semalam.

Pengasas dan mentor usahawan jutawan, Datuk Dr Azizan Osman berkata, mengambil semangat Awal Muharram, pihaknya bersama RichWorks Indonesia berbesar hati untuk menjalankan sesi bisnes ‘coaching’ bersama usahawan ini.

Katanya, RichWorks bersedia membantu mana-mana pihak dalam  berkongsi kepakaran dan membimbing bangsa usahawan.

“Sesi ini rentetan daripada Bangkit Bisnis Dari Krisis yang dijalankan 16 Julai lalu hasil inisiatif dan kerjasama strategik Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif (Kemenparekraf) dibawah kepimpinan Bapak Dr Sandiaga Uno.

“Meskipun sesi dalam sehari saja, saya sempat memberikan gambaran jelas dan tunjuk ajar penting buat usahawan di sini berkembang lagi walaupun ketika krisis,” katanya.

Tambah Azizan, kerjasama bersama Kemenparekraf itu juga akan menjadi satu titik tolak perubahan sejarah hubungan antara Malaysia dan Indonesia terutama dari segi penyatuan ekonomi dan kebangkitan nusantara.

“Saya dan RichWorks berasa bangga dan  bersedia menyokong perkembangan bisnes kepada lebih 30 juta perusahan kecil dan sederhana (PKS) untuk menjadikan greater Indonesia pada 2025.

“Indonesia mempunyai peluang pasaran yang besar dengan populasi orang berjumlah 279.5 juta, Insya-Allah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here