Aznil rangkul emas kedua negara

0
2

ATLET angkat berat, Muhamad Aznil Bidin menyumbang pingat emas kedua buat negara di temasya Sukan Komanwel 2022, Birmingham sebentar tadi, bagi kategori 61 kilogram (kg).

Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) memaklumkan kemenangan yang diraih Muhamad Aznil menerusi Facebook.

“Pingat emas kedua Malaysia !! Jalur Gemilang berkibar sekali lagi di bumi #Birmingham2022. Tahniah buat Aznil Bidin,” kata KBSMalaysia.

Sementara itu, Olympic Council of Malaysia turut berkongsikan berita gembira itu melalui Facebook rasmi, dan meluahkan rasa bangga apabila Muhamad Aznil turut berjaya mempertahankan pingat tersebut selepas merangkul emas tahun lalu di Gold Coast, Australia dalam kategori 62kg.

“Syabas Malaysia!! Atlet angkat berat negara, Muhamad Aznil Bidin berjaya mempertahankan pingat emas kategori 61kg lelaki.

“Dengan angkatan keseluruhan 285kg di Sukan Komanwel Birmingham 2022.Tahniah Aznil,” katanya.

Terdahulu, Malaysia meraih emas pertama menerusi Mohamad Aniq Kasdan yang memenangi kategori 55kg dalam saingan yang berlangsung di NEC Birmingham . – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here