Najib tanya, mana janji air percuma PH?

0
2
Pix via Malaysiapost

KENAIKAN tarif air komersial bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah amat tidak tepat pada masanya, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri itu, berkata kenaikan tersebut tidak akan membantu menurunkan kadar inflasi sebaliknya akan meningkat harga barang susulan peningkatan kos perniagaan.

“Mana janji air percuma PH? Tarif yang naik hampir 30% dari RM2.07 kepada RM2.62 bagi setiap meter padu air tidak membantu keadaan inflasi yang tinggi ketika ini.

“Hanya akan menambah kepada kos perniagaan dan harga bagi semua jenis barangan dan servis. Bila harga barang naik lagi, korang salahkan kerajaan pusat pula,” katanya menerusi Facebook.

Semalam, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kenaikkan tarif bekalan air baharu pada kadar purata 20 sen setiap meter padu membabitkan kategori pengguna bukan domestik, rumah ibadah dan kapal, berkuat kuasa 1 Ogos.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Izham Hashim, berkata purata kenaikan itu dianggap masih rendah dan tidak membabitkan pengguna domestik.

“Untuk penggunaan bukan domestik antaranya komersial dan industri iaitu 0 hingga 35 meter padu, kenaikannya adalah daripada RM2.07 kepada RM2.62. Jika melebihi 35 meter padu, kiraannya RM2.86 daripada RM2.28,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here