Tiada waris Sultan Sulu rekrut rakyat di Sabah

0
2
https://www.facebook.com/PDRMSabah/photos/5265595173508428

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menafikan wujudnya kumpulan ataupun gerakan waris Sultan Sulu yang didakwa aktif merekrut rakyat di Lahad Datu, Sabah dan di media sosial.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah, berkata pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan yang tular di media sosial ketika ini.

“Siasatan dan risikan PDRM Sabah mengesahkan bahawa tidak wujud kumpulan yang merekrut rakyat warganegara Filipina berketurunan Sulu di Sabah.

“Walaubagaimanapun, pihak polis sedang menjalankan siasatan berkaitan kumpulan yang mengeluarkan dokumen diri Sulu Sultaniyah Darul Islam (SSDI) dengan mengenakan bayaran tertentu.

“Kumpulan ini adalah orang perseorangan yang bertindak mengambil kesempatan atas tujuan keuntungan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menegaskan kepada mana-mana pihak atau individu tidak menyebarkan sebarang berita atau maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

Terdahulu, Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dalam kenyataan semalam mendakwa waris kesultanan Sulu kini sedang aktif merekrut rakyat di negeri ini khususnya di Lahad Datu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here