‘Janji perlu ditunaikan, bukan soal sesuai atau tidak’

0
3

INI bukan soal sesuai atau tidak, tegas Ketua Penerangan Bersatu Balik Pulau, Kamarozaman Ahmad mengulas isu jawatan Timbalan Perdana untuk Bersatu.

Beliau sebaliknya menegaskan, jawatan nombor dua itu sepatutnya telah dilantik sebaik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Menurutnya, ia bagi mengelak tidak timbul isu berlarutan berhubung jawatan seperti yang terjadi ketika ini.

“Itu yang perlu Perdana Menteri (PM) lakukan. Bersatu tetap bersabar walaupun PM tidak berbuat demikian. Apakah tujuan sebenar PM menunggu lama untuk melantik TPM.

“Jangan pula bawa isu soal jawatan TPM dikaitkan dengan perlembagaan. Perjanjian adalah perjanjian,” katanya menerusi kenyataan.

Mengulas lanjut Kamarozaman berkata, isu jawatan TPM sebenarnya timbul selepas isu menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi daripada Bersatu, Datuk Zuraida Kamaruddin keluar parti.

“Sudah menjadi kelaziman seperti sebelum ini (kekosongan) perlu diberi kepada parti berkenaan seperti mana berlaku kepada kerusi PAS sebelum ini. Mengapa ketika itu tidak timbul isu pun.

“Keadaan itu seolah-olah Bersatu dilihat tamakkan jawatan dalam kerajaan. Fakta adalah fakta dan itu benar. Sepatutnya sesiapa pun tidak perlu pertikai isu berkenaan.

“Pada masa sama pula mengapa pemimpin PAS sebagai rakan gabungan PN seolah-olah tidak begitu setuju atau lepas tangan dengan isu ini,” katanya lagi.

Beliau seterusnya meminta pemimpin Umno agar tidak menggunakan isu jawatan untuk memburukkan Bersatu pada ketika banyak jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sebelum ini milik parti itu didakwa sudah tidak dihormati lagi oleh Umno. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here