Adun Pelabuhan Klang tangkap pencuri kabel lampu jalan 

0
2

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri kesal dengan tindakan tiga individu yang mencuri kabel lampu awam di Pulau Indah, semalam. 

Azmizam yang turut serta dalam serbuan itu berkata, beliau segera pergi ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada rakannya mengenai kejadian tersebut. 

Setiba di tempat kejadian, katanya beliau berasa geram dan sedih melihat kabel lampu jalan yang ditanam dalam tanah di sepanjang Persiaran Pelabuhan Barat telah rosak kerana ditarik keluar dan dipotong oleh pencuri.

 

“Maka lampu-lampu jalan di situ sudah tidak boleh berfungsi lagi kerana kabel sudah hilang dicuri. Bukannya senang nak dibaiki. Bagaimanapun pencuri yang melakukannya telah berjaya ditangkap oleh polis dengan bantuan orang awam. 

“Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada anggota Polis Klang Selatan dengan kerjasama rakan-rakan dari MUSC Motorsports, Bsc Straight Challenge, Kawalan Benua, Geng Gerak Gempur Kampung Idaman (GGKI), BROTHERHOOD PULAU INDAH 29 

“..dan orang awam kerana telah berjaya menangkap tiga penjenayah yang mencuri kabel lampu awam tersebut pada jam lebih kurang 1.40 pagi. Anda semua memang terbaik,” katanya di hantaran Facebook. 

Azmizam berkata, dua rakannya yang mengalami kecederaan semasa bergelut dengan pencuri itu kini dirawat di hospital. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here