‘Blackout’ di Lembah Klang

0
2

BEBERAPA kawasan di Lembah Klang dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik tengah hari ini.

Menurut perkongsian netizen di laman sosial, gangguan dilaporkan berlaku di Shah Alam, Petaling Jaya, Bandar Sunway, Kepong, Cheras, Bangi serta beberapa kawasan lain.

Malah ada netizen mendakwa gangguan bekalan elektrik turut berlaku di negeri lain antaranya Negeri Sembilan dan Pahang.

Sementara itu TNB Careline menerusi hantaran di Facebooknya mengesahkan terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.

Menurutnya, pasukan pasukan teknikal TNB sedang mengenalpasti punca kejadian dan usaha memulihkan bekalan sedang giat dijalankan.

“Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here