Suami isteri dera anak angkat mengaku bersalah

0
1

PASANGAN suami isteri yang tular mendera kanak-kanak berusia empat tahun mengaku salah di Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi, hari ini.

Pasangan itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah, lapor Berita Harian.

Pada prosiding hari ini, pendakwaan terhadap pasangan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menangguhkan sebentar bagi hukuman dan fakta kes.

Sebelum ini, media melaporkan pasangan suami isteri itu ditahan di sebuah rumah sebuah perumahan di Beranang pada jam 2.30 pagi 22 Julai lalu selepas menerima aduan daripada seorang orang awam pada jam 12.14 tengah malam hari sama.

Terdahulu, sebuah rakaman video berdurasi 27 saat yang memaparkan tindakan seorang wanita memukul seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun menggunakan penyapu serta penyangkut baju ketika sedang makan, tular di media sosial. – Malaysiapost

Kredit foto: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here