Saman fitnah: Jamal diperintah bayar ganti rugi RM300,000 kepada Teresa Kok

0
3
Datuk Seri Jamal Md yunos

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos membayar RM300,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Hakim Datuk Mohd Arief Emran Arifin mengeluarkan perintah itu selepas Jamal gagal membuktikan pembelaannya, lapor FMT.

Jamal, yang tidak hadir di mahkamah hari ini, turut diperintahkan membayar kos RM50,000 kepada Teresa.

Teresa memfailkan saman fitnah pada 2017 selepas Jamal menuduhnya menyeleweng dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) di bawah inisiatif Skim Mesra Usia Emas kerajaan negeri.

Sementera itu, peguam Teresa, Datuk SN Nair berkata, Jamal mempunyai pelbagai jalan untuk membela dirinya, namun gagal berbuat demikian.

Jun lalu, Jamal memecat peguamnya dan menyatakan hasrat untuk mewakili dirinya.

Kemudian beliau memohon perbicaraan ditangguhkan supaya dapat mencari peguam baharu.

Namun, Arief menolak permohonan Jamal dengan berkata, perbicaraan telah berlarutan sejak 2017. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here