Perbicaraan kes Zahid tangguh, saksi pendakwaan dijangkiti Covid-19

0
1

Nahar Tajri

PERBICARAAN kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terpaksa ditangguhkan hari ini berikutan
Saksi Pendakwaan ke 18, V Mahendran tidak dapat hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana dijangkiti Covid- 19.

Mahendran adalah Penguasa Kanan Bahagian Siasatan, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes ditangguh pada hari jumaat jam 9 pagi.

Semalam, prosiding perbicaraan membabitkan Presiden Umno itu mencuri tumpuan apabila saksi mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut menerima dana dari Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) sebanyak RM2.6 juta.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal; bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, 47, berkata pihaknya memberi dana RM1.3 juta kepada bekas Perdana Menteri dan bekas Pengerusi Bersatu itu menerusi dua transaksi pada Ogos dan September 2018, untuk kegunaan parti berkenaan.

Bagaimanapun Mahathir yang kini merupakan Pengerusi Parti Pejuang manafikan dakwaan beliau menerima dana berkenaan.

Serta sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here