‘Tindakan pantas begini rakyat nak, bukan tarik subsidi’

0
3

PEMUDA Umno memuji kepantasan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang menyeleweng minyak masak bersubsidi demi meraih keuntungan mudah.

“Tindakan tegas dan pantas sebeginilah yang rakyat nantikan.

“Bukannya tarik subsidi begitu sahaja lantaran kelemahan penguatkuasaan ke atas kerakusan mereka yang mengaut keuntungan atas kesengsaraan rakyat,” kata Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Asyraf Wajdi juga mengingatkan kerajaan agar turut segera menangani isu bekalan minyak masak paket bersubsidi yang sukar diperoleh.

“Apa-apapun masih ramai mengeluh paket minyak masak bersubsidi sukar didapati di pasaran. Harap Kerajaan segera tangani isu ini,” katanya.

Terdahulu hari ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata 14 syarikat pembungkus minyak masak bersubsidi ditarik balik lesen dan dihadapkan ke mahkamah selepas dikesan menyeludup barangan itu ke negara jiran.

Menurut Rosol, ia antara tindakan tegas dilaksanakan kerajaan bagi mengatasi isu ketirisan minyak masak bersubsidi, yang dikesan dijual secara terbuka di Thailand. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here