Diva AA doakan Syamsul, Puteri Sarah kembali temui kebahagiaan

0
2

SELEBRITI Azwan Ali berharap orang ramai memberi ruang kepada Syamsul Yusuf dan isterinya Puteri Sarah Liyana menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Menurutnya yang dikenali sebagai Diva AA, tiada siapa boleh menyelesaikan kemelut yang melanda selain mereka sendiri dan berharap pasangan itu akan menemui semula kebahagiaan.

“Kepada Puteri Sarah yang viral macam-macam cerita… sabarlah kau jah. Tapi Diva AA harap kedua-duanya akan selesaikan masalah mereka.

“Diva AA tak ada sangat nak komen pasal rumah tangga mereka sebab kita tak tahu ya apa yang membuat Syamsul jadi begitu, apa-apa hal cerita pun dah macam-macam keluar. Jadi kita cuma harap, berdoa mereka kembali bahagia,” katanya kepada Malaysiapost.

Azwan turut berkongsi kenangan indah terserempak pasangan suami isteri itu ketika menunaikan umrah di Mekah, beberapa tahun dahulu.

Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah Liyana, 37, memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita yang didakwa kekasih kepada suaminya, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Menurutnya, selepas hampir empat tahun menahan sabar dan menanggung derita, dia akhirnya bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang.

Sementara itu, Azwan menghamburkan ucapan tahniah kepada Syamsul berikutan kejayaan luar biasa filem Mat Kilau yang telah meraih kutipan lebih RM85 juta sejak ditayangkan.

“Syamsul, orang kata ini saat kebanggaan kaulah. Kalau dulu bapa kau, sekarang zaman kau.

“Jadi Diva AA ucapkan tahniah hasil kejayaan filem Mat Kilau. Memang kau berhak. Kepada Syamsul, teruskan bersemangat untuk menghasilkan filem-filem berkualiti,” katanya. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Hiburan untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here