MAJLIS Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terima kecaman netizen.
Ia berikutan tindakan MPP UPSI itu dikatakan menghalang usaha pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk membawa pulang pelajarnya.
Kapsyen di Facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia dilihat memerli MPP UPSI berkenaan.
Katanya, sebelum mengundi, pelbagai janji ditaburkan untuk meraih undi namun selepas calon (Mohd Faiz Farhan Abdul Rahman) tersebut sudah menang, perkara sebaliknya berlaku.
“Masa sebelum dapat undi. “Faiz for future” (Faiz adalah masa depan). Bila dah dapat undi, “Students? (Pelajar)
No future” (tak ada masa depan).
Beliau berkata, itulah realiti seorang MPP, tidak menepati janji dan pentingkan diri.
“Masa pilihan raya kampus,
“Undilah saya, saya akan bina pondok bas, saya akan arrange shuttle bus” (uruskan bas untuk ulang-alik.
“Bila dah dapat undi, Alhamdulillah, (ada jawatan) dapat kolej, jimat tak payah sewa luar,” ujarnya.
Selain itu, Ustaz Ebit turut dihubungi Naib Canselor UPSI dan diminta membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakannya itu.
Niat asal beliau hanya mahu menolong pelajar kurang berkemampuan pulang ke kampung dengan menyewa 20 bas bagi tujuan itu.
Namun, berikutan terdapat sekatan itu, bas yang telah disewa terpaksa menangguhkan perjalanan. – Malaysiapost
