Covid-19: 8 pegawai JKN Kelantan ke Sabah

0
1

LAPAN pegawai Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan telah dimobilisasi ke Sabah pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, mereka merupakan pegawai perubatan berkenaan dari beberapa hospital JKN Kelantan.

Katanya, daripada lapan orang pegawai tersebut, enam orang akan ke Hospital Semporna.

“Pegawai JKN tersebut yang akan ke Semporna adalah dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (tiga orang), Hospital Tengku Anis (seorang) Hospital Gua Musang (seorang) dan Hospital Machang (seorang)

“Dua pegawai lagi ke Hospital Tawau iaitu masing-masing seorang dari Hospital Sultan Ismail Petra dan Hospital Tengku Anis.

Beliau berkata, kesemua petugas barisan hadapan ini telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik Covid-19.

“Bagi pihak rakyat Malaysia, terima kasih diucapkan kepada wira dan wirawati negara ini!,” katanya. – Malaysiapost