Saifuddin kekal Setiausaha Agung, Fahmi Ketua Penerangan PKR

0
2

DATUK Seri Saifuddin Nasution Ismail sekali lagi dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR untuk tempoh tiga tahun penggal pemilihan baharu ini. 

Saifuddin yang kalah dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR kepada Rafizi Ramli telah mendapat kepercayaan parti untuk menggalas jawatan yang disandangnya sebelum ini. 

Selain itu, mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR juga bersetuju melantik Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil sebagai ketua penerangan parti. 

Mesyuarat yang berlangsung malam tadi itu turut bersetuju mengenai tiga kuota Naib Presiden secara lantikan diisi oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, Saraswathy Kandasamy dan Awang Husaini Awang Sahari. 

Manakala jawatan bendahari PKR digalas Ahli Parlimen Selayan, William Leong dan jawatan Ketua Setiausaha Pengelola diberikan kepada Zahir Hassan. 

Kuota lima ahli MPP secara lantikan pula diberi kepada Manivanan Gowin, Datuk Christina Liew, Rodziah Ismail, Yuneswaran Ramaraj dan Abun Sui Anyit. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here