‘Tak habis-habis hikayat Anwar dengan jawatan PM’

0
2

SEORANG veteran menyindir Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kononnya tidak mahu menjadi Perdana Menteri kerana prinsip tidak mahu bersubahat dengan perasuah.

Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebaliknya berkata Presiden PKR itu sebenarnya tidak dapat menjadi Perdana Menteri kerana telah dikhianati oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Yang khianati Anwar Ibrahim dalam soal jawatan PM ialah Tun Mahathir. Sudah dijanjipun jawatan itu. Tapi Tun Mahathir pula letak jawatan untuk elak tunaikan janji itu.

“Sekarang ni, dijadikan isu dia yang tak jadi jadi PM seolah kerana prinsipnya, tak mahu bersubahat dengan ‘perasuah’!

“Tak habis-habis hikayat Anwar Ibrahim dengan jawatan PM tu,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Sehubungan itu menurut Shahrir, beliau berharap agar cerita mengenai Anwar dan jawatan Perdana Menteri dapat ditutup.

“PH dah menang PRU14. Anwar dapat pengampunan. Tun Mahathir saja yang tak mahu melihat Anwar jadi PM.

“Apa nak dibuat? Bila nak tutup cerita ni?,” katanya.

Baru-baru ini Anwar dilaporkan berkata beliau pernah ditawarkan menjadi Perdana Menteri pada 2020, namun menolaknya kerana tidak mahu bersubahat dengan perasuah.

Presiden PKR itu mendakwa, beliau telah menerima peluang untuk menjadi Perdana Menteri apabila mendapat sokongan majoriti menerusi akuan bersumpah (SD) daripada Ahli Parlimen pembangkang dan wakil rakyat Umno.

Namun katanya, beliau terpaksa menolak selepas diminta memberi jaminan untuk menutup kes mahkamah yang membabitkan dua pemimpin dalam Umno. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here