Lebih 100 orang akan didakwa buat laporan palsu, sindir Najib

0
3
Pix via Malaysiapost

DATUK Seri Najib Razak berpandangan kemungkinan lebih 100 orang akan didakwa membuat laporan palsu terhadap dirinya, selepas mendakwa tuntutan waris Kesultanan Sulu akibat daripada kecuaiannya ketika menjadi Perdana Menteri.

Sebaliknya, jelas Najib, punca sebenar kecuaian itu adalah dari Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak pernah berbincang tentang tuntutan wakil Sulu.

“PH juga tidak pernah berbunyi terhadap isu ini sepanjang tempoh mereka memerintah serta bekas Peguam Negara yang mengeluarkan surat luar biasa bodoh kepada wakil Sulu yang telah digunakan sebagai bukti oleh pihak lawan bahawa Malaysia sudah mengaku salah.

“Jadi, setelah disiasat mungkin lebih 100 orang akan didakwa buat laporan palsu,” katanya menerusi Facebook.

Najib berkata, walaupun lebih 100 laporan dibuat menggunakan ‘template’ Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, namun ia benda yang sama, bermaksud kesannya seperti satu laporan sahaja.

Tambahnya, tindakan individu-individu terbabit akan menyusahkan polis.

“Jadi, apa gunanya nak buat 100 laporan polis yang sama Banyak masa terluang geng ini agaknya.

“Menyusahkan polis. Akhirnya semua dihantar ke satu balai sahaja untuk siasat sebab benda sama. Benda copy paste,” katanya.

Semalam, Rafizi menggesa semua pimpinan dan cabang parti di seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Najib Razak, hari ini berhubung kecuaiannya ketika menjadi Perdana Menteri sehingga membawa kepada tuntutan waris Kesultanan Sulu.

Sebelum itu, media melaporkan bahawa waris Sultan Sulu telah mendapat perintah rampasan terhadap dua anak syarikat Petronas yang berdaftar di Luxembourg selepas Malaysia diarah membayar sekurang-kurangnya RM62.59 bilion kerana menyerahkan kedaulatan ke atas Sabah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here