KES baharu Covid-19 masih merekodkan melebihi 5,000 kes semalam iaitu 5,044 kes berbanding 5,219 kes kelmarin.
Angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,581,208 kes, dengan melibatkan kes import sebanyak tiga kes.
Sementara itu, empat kematian baharu akibat Covid-19 direkod semalam, satu daripadanya kematian berlaku di luar dalam fasiliti KKM atau brought-in-dead (BID).
Ia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,848 kes sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data di laman COVIDNOW, kes aktif setakat semalam mencatatkan sebanyak 42,481 kes.
Seramai 40,923 individu atau 96.3 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 39 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,459 kes pula dirawat di hospital dan 60 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 34 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

