Rakyat tak mintak pun ada Timbalan Perdana Menteri – Syed Saddiq

0
2

RAKYAT mahu kerajaan membela nasib mereka menangani kos sara hidup yang semakin tinggi ketika ini berbanding memiliki seorang Timbalan Perdana Menteri (TPM) baharu.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membidas kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang lebih mengutamakan jawatan dan kuasa daripada memikirkan kesengsaraan rakyat yang sedang bergelut menghadapi kadar inflasi tinggi ketika ini

“Rakyat tengah sengsara, yang difikirkan jawatan dan kuasa.

“Rakyat Malaysia sedang mengalami salah satu tempoh yang paling mencabar dalam disebabkan oleh inflasi yang lebih tinggi, yang bermakna peningkatan harga makanan dan kos sara hidup.

“Sewaktu rakyat dalam kesusahan dengan kos sara hidup yang masih meningkat, kenapa orang atasan politik masih boleh fikirkan tentang kuasa? Rakyat tak mintak pun ada Timbalan Perdana Menteri,” katanya di Facebook, hari ini.

Syed Saddiq yang merupakan Presiden parti MUDA turut menzahirkan rasa kesalnya terhadap politikus yang mengejar jawatan dan kuasa sekali gus mengabaikan rakyat yang semakin tertekan dengan peningkatan kos sara hidup.

“Banyak B40 dan M40 terpaksa membuat keputusan yang sukar untuk tangani kos sara hidup yang makin membebankan.

“Ada yang sampai terpaksa duduk di rumah sahaja untuk berjimat. Tetapi apa yang difikirkan oleh mereka, siapa dapat jawatan, siapa yang dapat kuasa.

“Harga ayam makin naik. Harga minyak masak makin naik. Makin lama makin mahal nak hidup,” katanya.

Pada masa sama, Syed Saddiq membidas keberkesanan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang diketuai Tan Sri Annuar Musa yang dilihat masih belum berfungsi menyelesaikan masalah yang dihadapi negara ketika ini.

“Apa yang kami nak adalah rancangan dan solusi untuk tolong rakyat tangani masalah-masalah yang kami hadapi sekarang. Sampai sekarang masih tiada apa-apa solusi lagi.

“Apa yang rakyat dapat, Pasukah Khas sahaja yang masih tiada rancangan untuk keluar dari krisis inflasi ini. Yang pengerusikan Pasukan Khas ni pun Menteri Komunikasi. Apa nak jadi?”, katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here