Penahanan Rizal untuk ‘diamkan’ kebebasan bersuara – Pemimpin MUDA 

0
2

AHLI Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti MUDA, Lim Wei Jiet beranggapan penahanan reman pengasas bersama CrackHouse Club House, Rizal Van Geyzel,  satu percubaan terang-terangan untuk mendiamkan kebebasan bersuara.

Malahan, beliau yang juga seorang peguam turut bersolidariti terhadap Rizal dan Crackhouse Comedy Club.

“Reman Rizal Van Geyzel adalah percubaan terang-terangan untuk mendiamkan kebebasan bersuara. Dia tidak melakukan apa-apa jenayah. 

“Pelawak memainkan peranan yang penting dalam masyarakat, lawak sering melucukan kerana terdapat beberapa kebenaran dalam lawak itu.

“Kami berdiri dalam solidariti dengan beliau & Kelab Komedi Crackhouse,” katanya menerusi  ciapan di twitternya malam tadi.

Semalam, media melaporkan Rizal ditahan bagi membantu siasatan berhubung tiga video  tular di media sosial yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum dan agama. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here