Strategi manfaatkan Umno – Shahril Hamdan

0
2

PERJANJIAN antara Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dengan Perikatan Nasional (PN) mungkin berlaku ketika ia diperlukan untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu, kata Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan.

Menurutnya, strategi atau pendekatan Umno sedemikian sering dipertikai dan dipersoalkan tetapi keputusan akhirnya setakat ini, memanfaatkan Umno.

“Perkara ini belum disahihkan atau tidak.. itu yang pertama. Tetapi jika benar, ia bukan perjanjian antara Umno dengan Bersatu atau PN.

“Ia mungkin satu perkara yang berlaku pada saat tersebut..waktu nak Ahli Parlimen Pagoh (Muhyiddin) turun dan bagaimana nak menggantikan dengan Ahli Parlimen Bera (Ismail Sabri) iaitu Naib Presiden Umno,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Ibadah Korban Perdana Ibu Pejabat Umno dan Barisan Nasional (BN) bersama Pusat Dagangan Dunia (WTC) sempena Aidiladha 2022, di Kuala Lumpur, hari ini.

Shahril berkata, perjanjian itu juga tidak dibincangkan atau disebut oleh parti dan setakat ini masih belum ada lantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri daripada Bersatu.

“Sebab isu tular menular ini dah lama berlaku. Macam-macam perjanjian yang tular sebelum ini tetapi akhirnya seperti yang selalu saya katakan, kita tengok pada keputusan.

“Keputusannya hari ini tiada Timbalan Perdana Menteri dari Bersatu, seperti mana dahulu dakwaan ada perjanjian untuk menaikkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tetapi hari ini Perdana Menteri bukanlah Anwar Ibrahim.

“Kadang-kadang strategi atau pendekatan Umno ini orang pertikai dan persoalkan tetapi akhirnya..kita tak boleh nak ego, tetapi Alhamdulillah setakat ini berkatnya adalah kepada Umno dan kita memimpin atau Perdana Menteri adalah dari Umno,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here