MB Johor janji bantu ‘Spider Man’ tinggal dalam kereta

0
2

NASIB ‘Spider-Man’ terpaksa tinggal dalam kereta Proton Iswara bersama isteri dan anak berusia tiga tahun, yang tular di media sosial mendapat perhatian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Menerusi ruangan komen diFacebook Real Merah, Onn Hafiz berkata kerajaan negeri akan membantu lelaki itu dan keluarganya bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

“Kerajaan negeri akan bantu InsyaAllah,” tulisnya ringkas.

Rata-rata warganet memuji keprihatinan Menteri Besar Johor itu yang mengambil berat keadaan rakyat, dan lebih mudah didekati menerusi media sosial.

Rata-rata warganet memuji keprihatinan Menteri Besar Johor itu yang mengambil berat keadaan rakyat, dan lebih mudah didekati menerusi media sosial.

“Alhamdulillah.. syukur.. semoga dipermudah segala urusan MB membantu rakyat Johor,” ujar Hou Komen Iza.

“Saya suka cara YB ini,” kata Anuar Manaf Ibrahim.

Penghibur yang memakai sut Spider-Man, Yulius Atma Negara Thamrin, 30, lebih mesra disapa sebagai Yan mula mendiami kereta Proton Iswara sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Keputusan itu terpaksa diambil selepas dia hilang pendapatan kerana tidak boleh membuat persembahan sehingga terpaksa keluar rumah dan tinggal dalam kereta.

Tambahnya, sejak dari itu setiap malam dia akan mencari lokasi untuk bermalam seperti di Dataran Danga Bay atau mana-mana stesen minyak untuk kemudahan bilik air.

Menurutnya, sebelum pandemik melanda negara, dia mampu meraih pendapatan melebihi RM3,000 sebulan sebagai penghibur jalanan dan mengambil tempahan.

Bagaimanapun, jumlah tersebut merosot ketika pandemik melanda. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here