Wan Saiful tak layak bicara soal janji – Asyraf Wajdi

0
3

PEMUDA Umno membidas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang didakwa mengugut Perdana Menteri agar menunaikan janji bagi jawatan menteri dan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada Bersatu.

Menurut Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Wan Saiful lupa dulu semasa beliau menulis buku Manifesto Pakatan Harapan (PH), macam-macam ditabur kepada rakyat, tetapi akhirnya ia tidak ditunaikan bahkan mengaku ‘Manifesto Bukan Kitab Suci.

“Sedikitpun tidak rasa malu pada rakyat, sanggup pula pegang jawatan Pengerusi PTPTN, walhal janji PTPTN pun tipu rakyat. Hari ini ada hati bicara soal ‘janji’!

“Perdana Menteri tidak perlu melayani karenah PPBM (Bersatu) ini. Presiden PAS sendiri mengakui tiada perjanjian.

“Bahkan, PM sendiri tidak pernah memaklumkan kepada kepimpinan parti dan Majlis Kerja Tertinggi (Umno) kewujudan sebarang bentuk perjanjian,” katanya hari ini.

Ashraf Wajdi berkata selaku Naib Presiden Kanan Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob lebih bijaksana dan mengetahui hakikat bahawa sebarang perjanjian dengan pihak lain mesti dirujuk kepada parti.

“Lagipun edah PRU15 sudah pun tiba. Jika ikhlas mahu stabilkan dan selesaikan masalah ekonomi yang membelenggu rakyat ketika ini, kembalikan mandat kepada rakyat.

“Biarlah rakyat buat ketetapan kerajaan sebenar menjadi pilihan mereka, bukannya kerajaan Campuran/Hybrid seperti hari ini dengan karenah ugut-mengugut soal jawatan yang hakikatnya bukan daripada mandat rakyat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here