Wanita tular hina Islam mengaku tidak bersalah

0
1

WANITA yang didakwa menghina Islam dengan menanggalkan pakaian dan tudung dalam sebuah persembahan komedi, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini.

Siti Nuramira Abdullah, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Tertuduh berdepan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun.

Wanita itu yang memakai sut berwarna hitam, dan kemeja-t jingga, tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta kira-kira jam 9 pagi tadi diiringi dua pegawai polis.

Tertuduh dihadapkan ke mahkhamah bagi pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menghina Islam.

Wanita tersebut, didakwa menghina Islam sewaktu membuat persembahan di Kelab Komedi Crackhouse, Taman tun Dr Ismail itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Siber.

Semalam, pihak polis mengeluarkan kenyataan menyatakan menerima arahan untuk menuduh suspek wanita itu mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Sementara itu, teman lelaki Siti Nuramira akan dituduh mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Lelaki tersebut, Alexander Navin Vijayachandran, akan berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor, juga pada hari ini.

Sebelum ini, tular rakaman video wanita itu mempersendakan Islam dalam persembahan komedi berdiri di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail.

Dalam video berdurasi 54 saat itu, wanita berkenaan pada mulanya bertudung dan memakai baju kurung mendakwa telah menghafal 15 juzuk al-Quran, menanggalkan pakaian sehingga mencolok mata.

Susulan itu, wanita tersebut dilaporkan telah direman selama tiga hari bagi membantu siasatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here