Teman lelaki wanita didakwa hina Islam dituduh di mahkamah

0
2

TEMAN lelaki wanita yang didakwa menghina Islam di sebuah kelab komedi, tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada jam 9.27 pagi tadi untuk pendakwaan.

Alexander Nivan A/L Vijayachandran bakal berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Ko­munikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu teman wanitanya, tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pada jam 9 pagi tadi untuk proses pendakwaan.

Semalam polis telah melengkapkan kertas siasatan berkenaan dan merujuknya kepada Pejabat Peguam Negara disusuli arahan untuk menuduh suspek di mahkamah mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, tular rakaman video wanita itu mempersendakan Islam dalam persembahan komedi berdiri di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail.

Dalam video berdurasi 54 saat itu, wanita berkenaan pada mulanya bertudung dan memakai baju kurung mendakwa telah menghafal 15 juzuk al-Quran, menanggalkan pakaian sehingga mencolok mata.

Susulan itu, wanita tersebut dilaporkan telah direman selama tiga hari bagi membantu siasatan. – Malaysiapost

Kredit foto: BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here