“Takkan tutup kolam renang sebab seorang peserta ambik steroid?” – Afdlin Shauki

0
3

PELAKON, penerbit dan pengarah Datuk Afdlin Shauki membantah penutupan sementara pengoperasian Crackhouse Comedy Club (CH), kerana kelab itu merupakan pentas kecil untuk semua pelawak solo (stand up) baharu menonjolkan bakat mereka.

Afdlin berkata, kelab komedi itu sepatutnya dibenarkan beroperasi berikutan perbuatan wanita yang mencetuskan permasalahan itu tidak ada kena-mengena dengan tempat tersebut yang hanya memainkan peranan sebagai platform mengetengahkan bakat.

“Saya membangkang sekeras-kerasnya penutupan sementara crackhouse comedy club oleh kerana perbuatan seorang ‘open miker’ yang bersalin pakaian atas pentas tempoh hari.

“Crackhouse merupakan tempat di mana banyak pelawak ‘stand up’ baru mempelajari seni stand up ini. ‘Open mike’ di buka kepada amatur yang ingin mencuba content mereka di khalayak ramai.

“Untuk ‘check content’ kita baik ke tak bagi ‘stand up’ komedi, kita kena persembahkan komedi kita di depan orang ramai baru kita tahu mana yang boleh pakai dan tak boleh pakai. Sama macam athlete yang kena praktis sampai bagus.

“Takkan kita tutup swimming pool pasal seorang peserta renang ambik steroid? Itu salah perenang bukan salah swimming pool!,” katanya menerusi Instagram.

Semalam, tular di media sosial klip video memaparkan seorang wanita membuka pakaian dan tudung di hadapan penonton selepas mendakwa dirinya sebagai seorang beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran.

Selepas insiden itu, CH juga membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail dan
mengeluarkan kenyatan rasmi memaklumkan individu terbabit kini dilarang daripada kembali ke kelab itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here